Saturday 8 August 2009

PENGGUNAAN TASBIH



Tasbih memang sudah tidak asing lagi bagi kita umat Islam, ia dibuat dan dikumpulkan dalam beraneka corak dan bentuk dari sumber yang berlainan. Jumlahnya juga tidak sama, akan tetapi kelaziman yang kita dapati jumlah kiraan tasbih selalunya diliputi dalam lingkungan 99 atau kiraan 33, 33, 33 dengan dua pemisah ada juga yang dibuat dalam kiraan 11,11,11 dengan dua pemisah (Satrah) yang menjadikan jumlahnya sebanyak 33.

Penggunaan tasbih dikalangan kita umat islam memang tidak dapat dinafikan ia merupakan alat yang paling popular digunakan bagi membilang ketika berwirid ataupun berzikir.

Jika awda pernah berkunjung ke Tanah Suci Mekkah atau Medinah dan di persekitaran kawasan tanah Arab kita akan mudah mendapati berbagai jenis tasbih yang dijual, ini akan lebih ketara lagi dapat dilihat pada musim haji dan umrah.

, Tasbih adalah merupakan ucapan-ucapan yang bertujuan membersihkan atau mensucikan Allah Subhanahu wa Ta’ala daripada segala sesuatu yang tidak layak bagi nya, dalam ertinya yang lebih jauh lagi adalah merupakan puji-pujian kepada Allah s.w.t..
Tasbih pada kelazimannya digerakkan oleh jari-jari khususnya ibu jari jari telunjuk dan jari hantu. Kamus “Lisan Al’ Arab dan kamus “Taj Al-Urus mentakrifkan sebagai “Al Subhah atau Al Tasbih ialah beberapa biji marjan, atau manik, atau lainnya yang disusun berantai dengan benang yang dengannya orang bertasbih menghitung zikir tasbihnya.”

Manik atau marjan yang dipakai untuk menghitungkan zikir tasbih itu, disebut oleh orang arab SUBHAH atau MISBAHATUN, semenatara orang kita menyebut sebagai ‘tasbih. Justeru itu jika ‘tasbih ‘ dikaitkan dengan MISBAHATUN dan dikaitkan pula dengan zikir, maka tasbih berkenaan adalah alat (tasbih) yang dimainkan atau digerakkan oleh jari jemari untuk menghitung zikir yang dibaca atau sambil berzikir dengannya. Menurut sejarah , Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam menghitung sebahagian daripada zikir Baginda menggunakan jari.

Sebahagian para ulama pula, selain menghitungnya dengan jari-jari, juga menghitungnya menggunakan batu-batu kecil, biji-bijian dan sebagainya
Telah dinayatakan bahawa manfaat dan khasiat memakai tasbih itu antaranya ialah sebagai saksi diakhirat kelak. Disebutkan dalam kitab Ahsan Al Kalam : Apabila Nabi Sallallahu alaihi Wassallam bersabda
( “ Dan hitunglah zikir itu dengan jari-jari, kerana ia akan bertanggunjawab dan akan bercakap (sebagai saksi) di akhirat.”……..)

Maknanya, ketika di akhirat tasbih yang digerakkan atau dimainkan oleh jari itu akan ditanya dan akan bercakap di akhirat sebagai saksi bahawa orang yang berzikir telah berzikir melaluinya.



Jadi manfaatnya : “ Tasbih itu akan menjadi saksi diakhirat bagi orang yang berzikir .” Tasbih juga adalah merupakan sebagai pendorong berzikir , Imam As Suyuti Rahimahullah berkata: “ Di antara faedah memakai tasbih ialah mendorong dan membantu berzikir kepada Allah secara terus menerus di mana setiap kali seseorang itu melihat tasbih, dia akan teringat bahawa tasbih itu adalah salah satu alat berzikir, lalu dia akan terus berzikir.”

Katanya lagi : “ Alangkah baiknya tasbih dianggap sebagai salah satu sebab untuk terus-menerus berzikir kepada Allah. Dan untuk inilah sebahagian ulama menamakannya sebagai “jalan penyampai” atau “penghubung”, dan sebahagian mereka menamakannya sebagai “ pengikat hati”. Jelas kepada kita bahawa Tasbih itu boleh dijadikan sebagai pendorong dan membantu untuk terus menerus berzikir.

Tasbih yang dipakai itu juga dikatakan boleh dijadikan sebagai pengerun dan menakutkan orang-orang yang berniat jahat. Tasbih juga boleh membantu menambah khusyu’, ini jelas apabila seseorang menghitung-hitung tasbihnya, dia ditanya: “ Adakah tuan menghitung kepada Allah?’ Dia menjawab, “ Tidak, akan tetapi aku menghitung baginya.”
Maknanya kebanyakkan zikir yang perlu dihitung pada umumnya adalah berdasarkan anjuran sunnah tidak dapat dihitung hanya dengan jari-jari sahaja, dan jika pun dapat menghitungnya dengan jari-jari, tentu sekali perhatian menghitung itu akan menghilangkan khusyu’. Dengan adanya kemudahan yang sedia ada sekarang memudahkan lagi pembuatan tasbih yang digunakan untuk beribadat iaitu berzikir kepada Allah. Olahannya yang begitu teliti dan menarik menambahkan minat yang meningkat dikalangan mereka yang gemari berzikir menggunakannya sebagai riadah tangan di mana sahaja mereka berada. Tentulah keadaan ini juga adalah merupakan membawa kepada kegiatan beramal dan beraikir yang berpanjangan disetiap waktu. Pada masa ini, tasbih pada umumnya disusun mengandungi 100 atau 33 biji berdasarkan bilangan zikir iaitu “Zikir Fatimah” yang selalu diamalkan oleh umat islam di rantau ini setiap selesainya mengerjakan solat.
Ramai para ulama, orang-orang kenamaan dan orang awam sama ada, di dalam masjid atau ditempat-tempat lain, memakai dan menjadikan tasbih sebagai riadah jari-jari di samping meningkatkan mengingati Allah untuk mendapatkan keredhaannya.
Tasbih yang kami hasilkan adalah menggunakan kayu kayu dari hutan tempatan yang mempunyai khasiat tersendiri seperti kayu tolong tolong(raja kayu), kayu madang sisik, cendana, sakang seribu. Bentuk tasbih yang kami hasilkan juga mempunyai rekabentuk tersendiri.


No comments:

Post a Comment