Saturday 22 August 2009

CONTOH TONGKAT


harap awda bersabar.......ADA BANYAK LAGI CONTOH CONTOH TONGKAT DENGAN UKIRAN TERSENDIRI...DARI YANG BESAR DAN HINGGA TERKECIL



Ini lah tongkat gergasi di perbuat dari sepuluh jenis kayu iaitu semala, pengasih sekampong,pulaie manang merah,madang sisik ,kayu komando,menggaris,nibong tunggal,asam jawa, kemuning dan kayu malam


Thursday 20 August 2009

KEPALA TASBIH (IMAM)






MEMBUAT BEBERAPA UKIRAN SENDIRI MENGIKUTI CIRI CIRI ISLAM DAN MELAYU










SEBAHAGIAN DARIPADA UKURAN BIJI TASBIH





ADA YANG BULAT, OVAL DAN BENTUK DOUGHNUT











CONTOH BENTUK TASBIH.......











Contoh tasbih Tolong tolong .... juga di panggil RAJA KAYU.........







Ini pula contoh tasbih bilangan 99 biji di buat dari kayu Asam jawa. Urat kayu nya semacam batu marmar.........






Tasbih 33 biji menggunakan tiga jenis kayu tolong tolong ,semala dan madang sisik
Tasbih ini berbentuk oval




Ini dari kayu semala. berbau wangi. jenis kayu ini juga di gunakan untuk sudu dan juga gagawi kerana mempunyai bahan aromatic tersendiri.tasbih ini berukuran kecil (jika di bandingkan dengan tasbih yang satu)




Kayu yang baru saya perolehi dari kawan, nama nya belum tahu tapi setengah pakar kayu menyatakan ia dari spesis kayu malam





Teras kayu badi yang di perolehi dari hutan daerah Temburong





Sudah gaharu Cendana pula...... kalau udah tau jangan tanya
tasbih cendana 33 biji dan juga 99 biji



Kayu Madang Sisik memang menjadi kesukaan ramai peminat kayu.......
tasbih 99 berbentuk oval




Ini contoh kayu kemuning hitam yang baru saja saya perolehi dari Semenanjung Malaysia.
saiz nya sama seperti contoh tasbih kayu semala


Monday 17 August 2009

KELEBIHAN TONGKAT



Salah satu lagi khazanah penting bagi umat islam ialah mengenai TONGKAT. Dalam tamadun Islam memakai tongkat atau bertongkat, adalah salah satu akhlak atau tatacara kehidupan para nabi, orang-orang salih dan ulama-ulama Islam zaman dahulu.

Ibnu Abbas Radhiallahu Anhuma berkata, yang bermaksud: “ Bertumpu kepada tongkat termasuk akhlak para Nabi . Dan Nabi (Muhammad) Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam sendiri adalah bertumpu kepada tongkat.”

Diriwayatkan juga oleh Ibnu Abbas bahawa: Tongkat adalah tanda orang beriman dan sunnah para Nabi. Dan sesiapa yang keluar berlayar jauh (musafir) dengan membawa bersamanya tongkat dari kayu Luz Pahit, dia diselamatkan Allah daripada segala binatang buas yang memudaratkan dan pencuri yang derhaka (berdosa).

Dalam Al Qur’an sendiri terdapat beberapa ayat yang menunjukkan bahawa ada Nabi-Nabi yang memakai tongkat, sama ada dalam kehidupan harian atau ketika sedang beribadat. Nabi-Nabi berkenaan ialah Nabi Sulaiman Alaihissalam (Surah Saba 34:14) dan Nabi Musa Alaihissalam (Surah Al – A’raaf 7:107 dan Suarh Thaha 20:18 -20).

Diriwayatkan dalam beberapa hadis bahawa, Nabi Muhammad Sallallahu ‘ Alaihi wa Sallam juga memakai tongkat, begitu juga para sahabat dan ulama-ulama lain seperti Imam Al-Syafie Radiallahu Anh.

Al Qur’an telah menunjukkan bahawa Nabi Sulaiman Alaihissalam adalah salah seorang Nabi yang memakai tongkat, Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Saba 34:14, yang tafsirnya bermaksud : “ Maka manakala kami telah menetapkan kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu melainkan anai-anai yang memakan tongkatnya…”.

Ayat ini mengesahkan tentang kematian Nabi Sulaiman Alaihissalam dan bagaimana Allah Subhanahu Wa Ta’ala menutupi kematiannya daripada pengetahuan jin dan manusia dalam tempoh yang agak lama. Dan selama tempoh berkenaan Nabi Sulaiman Alaihisssalam tetap bertelekan (berpegang) kepada tongkat yang menjadi penompangnya.

Kemudian melalui tongkat ini pulalah rakyat, termasuk jin, dapat mengetahui bahawa Nabi Sulaiman Alaihissalam telah wafat, iaitu tatkala tongkat berkenaan jatuh ke lantai ketika salah seorang daripada kalangan jin memegang dan ingin mengangkat tongkat itu, tetapi rupa-rupanya tongkat itu sudahpun repot di makan anai-anai.

Mengikut beberapa orang ulama tafsir, antaranya Syeikh Ibnu Hayyan dalam buku Tafsir Al Bahr Al Muhith pada suatu hari seorang belia masuk menemui Nabi Sulaiman Alaihissalam tanpa terlebih dahulu meminta izin. Nabi Sulaiman Alaihissalam bertanya : “ Kenapa engkau masuk tanpa izin?” Belia itu menjawab : “ Aku masuk setelah mendapat izin”, Nabi Sulaiman Alaihissalam bertanya : “ Siapa yang memberi keizinan itu”. Belia itu menjawab: “ Tuhan yang empunya mahligai ini”. Melalui jawapan itu tahulah Nabi Sulaiman Alaihissalam bahawa belia itu adalah Malaikat Maut yang datang untuk mencabut rohnya. Kemudian Nabi Sulaiman Alaihissalam terus sembahyang sambil memegang (bertelekan) kepada tongkatnya. Lalu Malaikat Maut mencabut rohnya.

Ibnu Abbas Radhiallahu Anhuma berkata : “ Memakai tongkat adalah salah satu akhlak para Nabi, dan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam sendiri adalah memakai tongkat”. Dalam beberapa hadis telah sabit bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam ada bertongkat, sama ada ketika berjalan atau ketika berkhutbah.
Pembuatan tongkat ini, boleh diungkayahkan dengan berbagai cara. Terdapat reka bentuk yang begitu indah yang sering kita temui apabila sebatang tongkat itu dibentuk atau dibuat. Di antara jenis-jenis tongkat yang dibuat adalah seperti jenis yang Cangkuk, Jenis “ r “ Tombol dan Gagang Pistol. Contohnya sebatang tongkat yang diperbuat daripada jenis Cangkuk dan dari jenis kayu adakalanya dibuat sehingga tingginya 86 cm dan berat sekitar 450 gram ini bergantung kepada jenis bahan yang digunakan untuk membuatnya dan warna yang digunakan juga selalunya disesuaikan dengan jenis lorekan tongkat yang dibuat seperti warna coklat tua, hitam, putih dan sebagainya. Bagi pembuatan tongkat jenis Cangkuk ini hujung pemegangan tongkat senyawa dengan leher dan batangnya. Keseluruhannya budai warna coklat hujungnya pula adakalanya bersampak hitam. Ada juga jenis cangkuk ini yang hujung pemegang tongkat diperbuat daripada PERSPEX berwarna merah tua dengan ukurannya yang tertentu, berongga dan boleh ditangalkan daripada tangkai tongkat dengan memutar-mutarkannya.

Di dalam kitab Al Bayan Wa At – Tabyin disebutkan bahawa Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam memiliki jenis tongkat seperti Mikhsharah, Kadhib dan Al ‘Anazah. Dalam As –Shahih daripada Ibnu Umar adalah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam (apabila) pergi di sebelh pagi ke tempat sembahyang, (Al-‘Anazah) akan dibawa bersama di hadapan Baginda, lalu Baginda sembayang dan (Al-‘Anazah) itu dipacakkan di arah kiblat.

Tuesday 11 August 2009

NEGARA ZIKIR




BRUNEI ADALAH NEGARA YANG SELALU BERSAMA-SAMA DENGAN AR-RAHMAN (YANG MAHA PENGASIH), YANG SENTIASA BERHIAS DENGAN ZIKIR DAN MENJADIKANNYA SEBAGAI RUTIN KEBIASAAN. KERANA ITU ALLAH PUN, DENGAN RAHMAT-NYA, MEMALINGKAN KITA DARI SEBARANG KESUSAHAN DAN BENCANA, DARI PELBAGAI ANASIR YANG BOLEH MEROSAKKAN KEAMANAN.
BETA, INSHA ALLAH, AKAN TERUS BERAZAM UNTUK MENJADIKAN BRUNEI DARUSSALAM SEBUAH ‘NEGARA ZIKIR’ YANG SENTIASA MENGAGUNGKAN ALLAH, SUPAYA KITA SELALU BERADA DALAM PERHATIAN DAN PEMELIHARAAN-NYA, SESUAI DENGAN JANJI-NYA DIDALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 152 TAFSIRNYA; ‘KAMU INGATI AKU, NESCAYA AKU AKAN MENGINGATI KAMU PULA’."





PETIKAN TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA TAHUN1428 HIJRAH/2007 MASIHI
PADA 10 ZULHIJJAH 1428/19 DISEMBER 2007

RENUNGAN




• NABI SAW BERSABDA ‘TIADA BERKUMPUL DUA PERASAAN BERHARAP PADA RAHMAT ALLAH DAN TAKUT DARI SIKSA ALLAH DALAM HATI SEORANG MUSLIM KETIKA AKAN MATI, MELAINKAN PASTI AKAN DI BERI OLEH ALLAH HARAPAN NYA DAN DIHINDARKAN DARI KETAKUTAN’

• TUNDUKAN LAH PANDANGAN AWDA DAN AWAS JANGAN SEMAHUNYA SAHAJA DI LEPASKAN SEBAB PANDANGAN ITU SEPERI ANAK PANAH YANG BERBISA

• HITUNG2 LAH DIRI MU, SEBELUM DATANG HARI PERHITUNGAN MU (SAYYIDINA UMAR AL KHATTAB)

• TIADA NILAI AMALAN SI HAMBA SEKALI PUN KALAU DIA TIDAK BERASA DIA HAMBA

• ORANG YANG BUTA BERUNTUNG TIDAK MELIHAT DOSA , ORANG YANG BUTA HATI MATI SEBELUM MATI

• ORANG YANG SANGGUP BERJUANG TERHADAP MUSUH LAHIRNYA TETAPI RAMAI YANG TIDAK SANGGUP BERJUANG UNTUK MUSUH BATINNYA

• KEMATIAN ADALAH PINTU UNTUK MENEMUI KEKASIH YANG ABADI JUSTERU ITU MEMBERI KEGEMBIRAAN BAGI ORANG 2 MUSLIM

• TERIMA LAH SEDIKIT KESUSAHAN DI DUNIA YANG SEMENTARA DALAM MENEGAKKAN KEBENARAN UNTUK TERLEPAS DARIPADA KESUSAHAN AKHIRAT YANG BERKEKALAN

• JIHAD YANG BESAR ADALAH JIHAD MENUNDUKKAN HAWA NAFSU

• WAHAI ORANG2 YANG BERIMAN JANGANLAH KAMU MENGKHIANATI(AMANAH) ALLAH DAN RASUL NYA DAN JANGAN KAMU MENGKHIANATI AMANAH KAMU, SEDANGKAN KAMU MENGETAHUI SALAH NYA ( SURAH AL ANFAL AYAT 27)

• PANJANG ANGAN2 AKAN MEROSAKAN AKAL DAN MELENYAPKAN KETENTERAMAN BATIN

• ORANG YANG DIPENGARUHI NAFSU TIDAK AKAN BERASA PUAS WALAU PUN DUNIA INI SUDAH DITANGAN NYA. PALING KAYA IALAH ORANG YANG BERASA PUAS DENGAN DENGAN BARANG YANG SEDIKIT, KERANA RASA PUAS ITU KEKAYAAN ALAM

• MABUK CINTA HINGGA MENJADI GILA ADALAH DIBENARKAN TETAPI HANYA KEPADA ALLAH


• BARANG SIAPA YANG WAKTU MALAM RINGGAN MENGERJAKAN SOLAYAT KERANA SEDIKIT MAKAN DAN MINUMNYA, NESCAYA DIA ITU DISEKITARNYA DIKERUMUNI BIDADARI2 HINGGA WAKTU PAGI ‘( HADITH RIWAYAT THABRANI)

• UNTUK MENGERAKAN HATI MENYEBUT NAMA ALLAH TIDAK SEMUDAH MENGERAKAN LIDAH MENYEBUT NYA

• RAMAI ORANG BOLEH BERCAKAP TENTANG KEBAIKAN TETAPI SEDIKIT YANG BOLIH MEMBUAT KEBAIKAN

• APA YANG AWDA SABARKAN ,AWDA KAN MEMPEROLEH HASILNYA, KERANA KESABARAN ITU AKAN MENOLONG SEGALA PEKERJAAN

• SELAWAT KE ATAS KU ADA CAHAYA MENERANGI JALAN, SESIAPA YANG BERSELAWAT KEPADA KU DI HARI JUMAAT SEBANYAK 80X DI AMPUNKAN DOSA NYA UNTUK 80 TAHUN (RIWAYATAD DARUQUTNI)







Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengamiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF , jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengaja mahupun yang disengajakan Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T... InsyaAllah.
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina
Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku di sepanjang perkenalan kita selama ini
Sekian, terima kasih Wassalamu alaikum.




Monday 10 August 2009

PENGGUNAAN TASBIH BUKAN BIDA'AH




Sering yang kita dengar dari golongan muslimin diantaranya dari madzhab Wahabi/Salafi dan pengikutnya yang melarang orang menggunakan Tasbih waktu berdzikir. Sudah tentu sebagaimana kebiasaan golongan ini alasan mereka melarang dan sampai-sampai berani membid’ahkan sesat karena menurut paham mereka bahawa Rasulallah saw. para sahabat tidak ada yang menggunakan tasbih waktu berdzikir

‘Tasbih’ atau yang dalam bahasa Arab disebut dengan nama ‘Subhah’ adalah butiran-butiran yang dirangkai untuk menghitung jumlah banyaknya dzikir yang diucapkan oleh seseorang, dengan lidah atau dengan hati. Dalam bahasa Sanskerta kuno, tasbih disebut dengan nama Jibmala yang berarti hitungan dzikir.
Orang berbeda pendapat mengenai asal-usul penggunaan tasbih. Ada yang mengatakan bahawa tasbih berasal dari orang Arab, tetapi ada pula yang mengatakan bahwa tasbih berasal dari India yaitu dari kebiasaan orang-orang Hindu. Ada pula orang yang mengatakan bahawa pada mulanya kebiasaan memakai tasbih dilakukan oleh kaum Brahmana di India. Setelah Budhisme lahir, para biksu Budha menggunakan tasbih menurut hitungan Wisnuisme, yaitu 108 butir. Ketika Budhisme menyebar keberbagai negeri, para rahib Nasrani juga menggunakan tasbih, meniru biksu-biksu Budha. Semuanya ini terjadi pada zaman sebelum islam.

Kemudian datanglah Islam, suatu agama yang memerintahkan para pemeluk nya untuk berdzikir (ingat) juga kepada Allah swt. sebagai salah satu bentuk peribadatan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.. Perintah dzikir bersifat umum, tanpa pembatasan jumlah tertentu dan tidak terikat juga oleh keadaan-keadaan tertentu. Banyak sekali firman Allah swt. dalam Al-Qur’an agar orang banyak berdzikir dalam setiap keadaan atau situasi, umpama berdzikir sambil berdiri, duduk, berbaring dan lain sebagainya.

Sehubungan dengan itu terdapat banyak hadits yang menganjurkan jumlah dan waktu berdzikir, misalnya seusai sholat fardhu yaitu tiga puluh tiga kali dengan ucapan Subhanallah, tiga puluh tiga kali Alhamdulillah dan tiga puluh tiga kali Allahu Akbar, kemudian dilengkapi menjadi seratus dengan ucapan kalimat tauhid ‘Laa ilaaha illallahu wahdahu….’. Kecuali itu terdapat pula hadits-hadits lain yang menerangkan keutamaan berbagai ucapan dzikir bila disebut sepuluh atau seratus kali. Dengan adanya hadits-hadits yang menetapkan jumlah dzikir seperti itu maka dengan sendirinya orang yang berdzikir perlu mengetahui jumlahnya yang pasti.

A. Hadits-hadits yang berkaitan dengan cara menghitung dzikir

1. Hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasai dan Al-Hakim berasal dari Ibnu Umar ra. yang mengatakan:
“Rasulallah saw. menghitung dzikirnya dengan jari-jari dan menyarankan para sahabatnya supaya mengikuti cara beliau saw.”.
Para Imam ahli hadits tersebut juga meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Bisrah, seorang wanita dari kaum Muhajirin, yang mengatakan bahwa Rasulallah saw. pernah berkata:
“Hendaklah kalian senantiasa bertasbih (berdzikir), bertahlil dan bertaqdis (yakni berdzikir dengan menyebut ke–Esa-an dan ke-Suci-an Allah swt.). Janganlah kalian sampai lupa hingga kalian akan melupakan tauhid. Hitunglah dzikir kalian dengan jari, karena jari-jari kelak akan ditanya oleh Allah dan akan diminta berbicara” .
Perhatikanlah: Anjuran menghitung dengan jari dalam hadits itu tidak berarti melarang orang menghitung dzikir dengan cara lain !!!. Untuk mengharamkan atau memunkarkan suatu amalan haruslah mendatangkan nash yang khusus tentang itu, tidak seenaknya sendiri saja!!

2. Imam Tirmidzi, Al-Hakim dan Thabarani meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Shofiyyah yang mengatakan: “Bahwa pada suatu saat Rasulallah saw. datang kerumahnya. Beliau melihat empat ribu butir biji kurma yang biasa digunakan oleh Shofiyyah untuk menghitung dzikir. Beliau saw. bertanya; ‘Hai binti Huyay, apakah itu ?‘ Shofiyyah menjawab ; ‘Itulah yang kupergunakan untuk menghitung dzikir’. Beliau saw. berkata lagi; ‘Sesungguhnya engkau dapat berdzikir lebih banyak dari itu’. Shofiyyah menyahut; ‘Ya Rasulallah, ajarilah aku’. Rasulallah saw. kemudian berkata; ‘Sebutlah, Maha Suci Allah sebanyak ciptaan-Nya’ ”. (Hadits shohih).

3. Abu Dawud dan Tirmidzi meriwayatkan sebuah hadits yang dinilai sebagai hadits hasan/baik oleh An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim yaitu hadits yang berasal dari Sa’ad bin Abi Waqqash ra. yang mengatakan:
“Bahwa pada suatu hari Rasulallah saw. singgah dirumah seorang wanita. Beliau melihat banyak batu kerikil yang biasa dipergunakan oleh wanita itu untuk menghitung dzikir. Beliau bertanya; ‘Maukah engkau kuberitahu cara yang lebih mudah dari itu dan lebih afdhal/utama ?’ Sebut sajalah kalimat-kalimat sebagai berikut :
‘Subhanallahi ‘adada maa kholaga fis samaai, subhanallahi ‘adada maa kholaga fil ardhi, subhanallahi ‘adada maa baina dzaalika, Allahu akbaru mitslu dzaalika, wal hamdu lillahi mitslu dzaalika, wa laa ilaaha illallahu mitslu dzaalika wa laa guwwata illaa billahi mitslu dzaalika’ ”.

Yang artinya : ‘Maha suci Allah sebanyak makhluk-Nya yang dilangit, Maha suci Allah sebanyak makhluk-Nya yang dibumi, Maha suci Allah sebanyak makhluk ciptaan-Nya. (sebutkan juga) Allah Maha Besar, seperti tadi, Puji syukur kepada Allah seperti tadi, Tidak ada Tuhan selain Allah, seperti tadi dan tidak ada kekuatan kecuali dari Allah, seperti tadi !’ “.

Lihat dua hadits diatas ini, Rasulallah saw. melihat Shofiyyah menggunakan biji kurma untuk menghitung dzikirnya, beliau saw. tidak melarangnya atau tidak mengatakan bahwa dia harus berdzikir dengan jari-jarinya, malah beliau saw. berkata kepadanya engkau dapat berdzikir lebih banyak dari itu !! Begitu juga beliau saw. tidak melarang seorang wanita lainnya yang menggunakan batu kerikil untuk menghitung dzikirnya dengan kata lain beliau saw. tidak mengatakan kepada wanita itu, buanglah batu kerikil itu dan hitunglah dzikirmu dengan jari-jarimu !
Beliau saw. malah mengajarkan kepada mereka berdua bacaan-bacaan yang lebih utama dan lebih mudah dibaca. Sedangkan berapa jumlah dzikir yang harus dibaca, tidak ditentukan oleh Rasulallah saw. jadi terserah kemampuan mereka.
Banyak riwayat bahwa para sahabat Nabi saw. dan kaum salaf yang sholeh pun menggunakan biji kurma, batu-batu kerikil, bundelan-bundelan benang dan lain sebagainya untuk menghitung dzikir yang dibaca. Ternyata tidak ada orang yang menyalahkan atau membid’ahkan sesat mereka !!

4. Imam Ahmad bin Hanbal didalam Musnadnya meriwayatkan bahwa seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Shofiyyah menghitung dzikirnya dengan batu-batu kerikil. Riwayat ini dikemukakan juga oleh Imam Al-Baihaqi dalam Mu’jamus Shahabah; ”‘bahwa Abu Shofiyyah, maula Rasulallah saw. menghamparkan selembar kulit kemudian mengambil sebuah kantong berisi batu-batu kerikil, lalu duduk berdzikir hingga tengah hari. Setelah itu ia menyingkirkannya. Seusai sholat dhuhur ia mengambilnya lagi lalu berdzikir hingga sore hari “.

5. Abu Dawud meriwayatkan; ‘bahwa Abu Hurairah ra. mempunyai sebuah kantong berisi batu kerikil. Ia duduk bersimpuh diatas tempat tidurnya ditunggui oleh seorang hamba sahaya wanita berkulit hitam. Abu Hurairah berdzikir dan menghitungnya dengan batu-batu kerikil yang berada dalam kantong itu. Bila batu-batu itu habis dipergunakan, hamba sahayanya menyerahkan kembali batu-batu kerikil itu kepadanya’.

6. Abu Syaibah juga mengutip hadits ‘Ikrimah yang mengatakan; ‘bahwa Abu Hurairah mempunyai seutas benang dengan bundelan seribu buah. Ia baru tidur setelah berdzikir dua belas ribu kali’.


7. Imam Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya bab Zuhud mengemukakan; ‘bahwa Abu Darda ra. mempunyai sejumlah biji kurma yang disimpan dalam kantong. Usai sholat shubuh biji kurma itu dikeluarkan satu persatu untuk menghitung dzikir hingga habis’.

8. Abu Syaibah juga mengatakan; ‘bahwa Sa’ad bin Abi Waqqash ra menghitung dzikirnya dengan batu kerikil atau biji kurma. Demikian pula Abu Sa’id Al-Khudri ’.


9. Dalam kitab Al-Manahil Al-Musalsalah Abdulbaqi mengetengahkan sebuah riwayat yang mengatakan; ‘bahwa Fathimah binti Al-Husain ra mempunyai benang yang banyak bundelannya untuk menghitung dzikir ’.

10. Dalam kitab Al-Kamil , Al-Mubarrad mengatakan; “bahwa ‘Ali bin ‘Abdullah bin ‘Abbas ra (wafat th 110 H) mempunyai lima ratus butir biji zaitun. Tiap hari ia menghitung raka’at-raka’at sholat sunnahnya dengan biji itu, sehingga banyak orang yang menyebut namanya dengan ‘Dzu Nafatsat’ “.


11. Abul Qasim At-Thabari dalam kitab Karamatul-Auliya mengatakan: ‘Banyak sekali orang-orang keramat yang menggunakan tasbih untuk menghitung dzikir, antara lain Syeikh Abu Muslim Al-Khaulani dan lain-lain’.

B. Tidak ada Larangan terhadap penggunaan Tasbih dalam Dzikir

Menurut riwayat bentuk tasbih yang kita kenal pada zaman sekarang ini baru dipergunakan orang mulai abad ke 2 Hijriah. Ketika itu nama ‘tasbih’ belum digunanakan untuk menyebut alat penghitung dzikir. Hal itu diperkuat oleh Az-Zabidi yang mengutip keterangan dari gurunya didalam kitab Tajul-‘Arus . Sejak masa itu tasbih mulai banyak dipergunakan orang dimana-mana. Pada masa itu masih ada beberapa ulama yang memandang penggunaan tasbih untuk menghitung dzikir sebagai hal yang kurang baik. Oleh karena itu tidak aneh kalau ada orang yang pernah bertanya pada seorang Waliyullah yang bernama Al-Junaid: ‘Apakah orang semulia anda mau memegang tasbih ?. Al-Junaid menjawab: ‘Jalan yang mendekatkan diriku kepada Allah swt. tidak akan kutinggalkan’.(Ar-Risalah Al-Qusyariyyah).
Sejak abad ke 5 Hijriah penggunaan tasbih makin meluas dikalangan kaum muslimin, termasuk kaum wanitanya yang tekun beribadah. Tidak ada berita riwayat, baik yang berasal dari kaum Salaf maupun dari kaum Khalaf (generasi muslimin berikutnya) yang menyebutkan adanya larangan penggunaan tasbih, dan tidak ada pula yang memandang penggunaan tasbih sebagai perbuatan munkar!!
Pada zaman kita sekarang ini bentuk tasbih terdiri dari seratus buah butiran atau tiga puluh tiga butir, sesuai dengan jumlah banyaknya dzikir yang disebut-sebut dalam hadits-hadits shohih. Bentuk tasbih ini malah lebih praktis dan mudah dibandingkan pada masa zaman nya Rasulallah saw. dan masa sebelum abad kedua Hijriah. Begitu juga untuk menghitung jumlah dzikir agama Islam tidak menetapkan cara tertentu. Hal itu diserahkan kepada masing-masing orang yang berdzikir.
Cara apa saja untuk menghitung bacaan dzikir itu asalkan bacaan dan alat menghitung yang tidak yang dilarang menurut Kitabullah dan Sunnah Rasulallah saw.. itu mustahab/baik untuk diamalkan. Berdasarkan riwayat-riwayat hadits yang telah dikemukakan diatas jelaslah, bahwa menghitung dzikir bukan dengan jari adalah sah/boleh. Begitu juga benda apa pun yang digunakan sebagai tasbih untuk menghitung dzikir, tidak bisa lain, orang tetap menggunakan tangan atau jarinya juga, bukan menggunakan kakinya!! Dengan demikian jari-jari ini juga digunakan untuk kebaikan !! Malah sekarang banyak kita para ulama pakar maupun kaum muslimin lainnya sering menggunakan tasbih bila berdzikir.
Jadi masalah menghitung dengan butiran-butiran tasbih sesungguhnya tidak perlu dipersoalkan, apalagi kalau ada orang yang menganggapnya sebagai ‘bid’ah dholalah’. Yang perlu kita ketahui ialah : Manakah yang lebih baik, menghitung dzikir dengan jari tanpa menggunakan tasbih ataukah dengan menggunakan tasbih ?
Menurut Ibnu ‘Umar ra. menghitung dzikir dengan jari (daripada dengan batu kerikil, biji kurma dll) lebih afdhal/utama. Akan tetapi Ibnu ‘Umar juga mengatakan jika orang yang berdzikir tidak akan salah hitung dengan menggunakan jari, itulah yang afdhal. Jika tidak demikian maka mengguna- kan tasbih lebih afdhal.
Perlu juga diketahui, bahwa menghitung dzikir dengan tasbih disunnahkan menggunakan tangan kanan, yaitu sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Salaf. Hal itu disebut dalam hadits-hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan lain-lain. Dalam soal dzikir yang paling penting dan wajib diperhatikan baik-baik ialah kekhusyu’an, apa yang diucapkan dengan lisan juga dalam hati mengikutinya. Maksudnya bila lisan mengucapkan Subhanallah maka dalam hati juga memantapkan kata-kata yang sama yaitu Subhanallah. Allah swt. melihat apa yang ada didalam hati orang yang berdzikir, bukan melihat kepada benda (tasbih) yang digunakan untuk menghitung dzikir!! Wallahu a’lam.
Insya Allah dengan keterangan singkat ini, para pembaca bisa menilai sendiri apakah benar yang dikatakan golongan pengingkar bahwa penggunaan Tasbih adalah munkar, bid’ah dholalah/sesat dn lain sebagainya ??? Semoga Allah swt. memberi hidayah kepada semua kaum muslimin. Amin.
Semoga dengan keterangan sebelumnya mengenai akidah golongan Wahabi/Salafi serta pengikutnya dan keterangan bid’ah yang singkat ini insya-Allah bisa membuka hati kita masing-masing agar tidak mudah mensesatkan, mengkafirkan dan sebagainya pada saudara muslim kita sendiri yang sedang melakukan ritual-ritual Islam begitu juga yang berlainan madzhab dengan madzhab kita.




Saturday 8 August 2009

PENGGUNAAN TASBIH



Tasbih memang sudah tidak asing lagi bagi kita umat Islam, ia dibuat dan dikumpulkan dalam beraneka corak dan bentuk dari sumber yang berlainan. Jumlahnya juga tidak sama, akan tetapi kelaziman yang kita dapati jumlah kiraan tasbih selalunya diliputi dalam lingkungan 99 atau kiraan 33, 33, 33 dengan dua pemisah ada juga yang dibuat dalam kiraan 11,11,11 dengan dua pemisah (Satrah) yang menjadikan jumlahnya sebanyak 33.

Penggunaan tasbih dikalangan kita umat islam memang tidak dapat dinafikan ia merupakan alat yang paling popular digunakan bagi membilang ketika berwirid ataupun berzikir.

Jika awda pernah berkunjung ke Tanah Suci Mekkah atau Medinah dan di persekitaran kawasan tanah Arab kita akan mudah mendapati berbagai jenis tasbih yang dijual, ini akan lebih ketara lagi dapat dilihat pada musim haji dan umrah.

, Tasbih adalah merupakan ucapan-ucapan yang bertujuan membersihkan atau mensucikan Allah Subhanahu wa Ta’ala daripada segala sesuatu yang tidak layak bagi nya, dalam ertinya yang lebih jauh lagi adalah merupakan puji-pujian kepada Allah s.w.t..
Tasbih pada kelazimannya digerakkan oleh jari-jari khususnya ibu jari jari telunjuk dan jari hantu. Kamus “Lisan Al’ Arab dan kamus “Taj Al-Urus mentakrifkan sebagai “Al Subhah atau Al Tasbih ialah beberapa biji marjan, atau manik, atau lainnya yang disusun berantai dengan benang yang dengannya orang bertasbih menghitung zikir tasbihnya.”

Manik atau marjan yang dipakai untuk menghitungkan zikir tasbih itu, disebut oleh orang arab SUBHAH atau MISBAHATUN, semenatara orang kita menyebut sebagai ‘tasbih. Justeru itu jika ‘tasbih ‘ dikaitkan dengan MISBAHATUN dan dikaitkan pula dengan zikir, maka tasbih berkenaan adalah alat (tasbih) yang dimainkan atau digerakkan oleh jari jemari untuk menghitung zikir yang dibaca atau sambil berzikir dengannya. Menurut sejarah , Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam menghitung sebahagian daripada zikir Baginda menggunakan jari.

Sebahagian para ulama pula, selain menghitungnya dengan jari-jari, juga menghitungnya menggunakan batu-batu kecil, biji-bijian dan sebagainya
Telah dinayatakan bahawa manfaat dan khasiat memakai tasbih itu antaranya ialah sebagai saksi diakhirat kelak. Disebutkan dalam kitab Ahsan Al Kalam : Apabila Nabi Sallallahu alaihi Wassallam bersabda
( “ Dan hitunglah zikir itu dengan jari-jari, kerana ia akan bertanggunjawab dan akan bercakap (sebagai saksi) di akhirat.”……..)

Maknanya, ketika di akhirat tasbih yang digerakkan atau dimainkan oleh jari itu akan ditanya dan akan bercakap di akhirat sebagai saksi bahawa orang yang berzikir telah berzikir melaluinya.



Jadi manfaatnya : “ Tasbih itu akan menjadi saksi diakhirat bagi orang yang berzikir .” Tasbih juga adalah merupakan sebagai pendorong berzikir , Imam As Suyuti Rahimahullah berkata: “ Di antara faedah memakai tasbih ialah mendorong dan membantu berzikir kepada Allah secara terus menerus di mana setiap kali seseorang itu melihat tasbih, dia akan teringat bahawa tasbih itu adalah salah satu alat berzikir, lalu dia akan terus berzikir.”

Katanya lagi : “ Alangkah baiknya tasbih dianggap sebagai salah satu sebab untuk terus-menerus berzikir kepada Allah. Dan untuk inilah sebahagian ulama menamakannya sebagai “jalan penyampai” atau “penghubung”, dan sebahagian mereka menamakannya sebagai “ pengikat hati”. Jelas kepada kita bahawa Tasbih itu boleh dijadikan sebagai pendorong dan membantu untuk terus menerus berzikir.

Tasbih yang dipakai itu juga dikatakan boleh dijadikan sebagai pengerun dan menakutkan orang-orang yang berniat jahat. Tasbih juga boleh membantu menambah khusyu’, ini jelas apabila seseorang menghitung-hitung tasbihnya, dia ditanya: “ Adakah tuan menghitung kepada Allah?’ Dia menjawab, “ Tidak, akan tetapi aku menghitung baginya.”
Maknanya kebanyakkan zikir yang perlu dihitung pada umumnya adalah berdasarkan anjuran sunnah tidak dapat dihitung hanya dengan jari-jari sahaja, dan jika pun dapat menghitungnya dengan jari-jari, tentu sekali perhatian menghitung itu akan menghilangkan khusyu’. Dengan adanya kemudahan yang sedia ada sekarang memudahkan lagi pembuatan tasbih yang digunakan untuk beribadat iaitu berzikir kepada Allah. Olahannya yang begitu teliti dan menarik menambahkan minat yang meningkat dikalangan mereka yang gemari berzikir menggunakannya sebagai riadah tangan di mana sahaja mereka berada. Tentulah keadaan ini juga adalah merupakan membawa kepada kegiatan beramal dan beraikir yang berpanjangan disetiap waktu. Pada masa ini, tasbih pada umumnya disusun mengandungi 100 atau 33 biji berdasarkan bilangan zikir iaitu “Zikir Fatimah” yang selalu diamalkan oleh umat islam di rantau ini setiap selesainya mengerjakan solat.
Ramai para ulama, orang-orang kenamaan dan orang awam sama ada, di dalam masjid atau ditempat-tempat lain, memakai dan menjadikan tasbih sebagai riadah jari-jari di samping meningkatkan mengingati Allah untuk mendapatkan keredhaannya.
Tasbih yang kami hasilkan adalah menggunakan kayu kayu dari hutan tempatan yang mempunyai khasiat tersendiri seperti kayu tolong tolong(raja kayu), kayu madang sisik, cendana, sakang seribu. Bentuk tasbih yang kami hasilkan juga mempunyai rekabentuk tersendiri.